Sunday, 16 October 2011

first time i met ghost shadow :O

ini kisah benar yang berlaku dalam hidup aku , bukan rekaan atau cerita palsu.

kejadian ini berlaku semasa umur aku 7 tahun , aku ada bilik aku sendiri , aku memang dah start tidur sengsorang. biasanya kalau aku tidur malam - malam tuh tak ada masalah apa - apa , mungkin aku tertengok cerita seram kot malam tuh , tu yang sampai terbawak - bawak tu. alkisahnya begini , pada suatu malam tuh , aku rasa mengantuk sangat -sangat ,  aku cuba untuk melelapkan mata , tapi tak boleh , malam tu aku berpeluh - peluh , aku pun tak tau kenapa sedangkan kipas memang terletak depan kepala kot ,  aku biasa kalau tidur aku bukak pintu , aku dah rasa semacam je kan , mata aku asyik nak pandang kat tangga tapi aku tak berani. aku cuba pejamkan mata sehabis mahu ,  tetiba tengah aku cuba nak melelapkan mata , aku rasa tak sedap hati ,  aku beranikan diri aku untuk tengok ,  aku terpandang pada satu arah di tangga. ketika itu jam menunjukkan tepat 2.00 pagi. aku cuba untuk mengabaikannya tapi perasaan gelisah mula menyelubungi diri. aku terkaku. aku melihat satu bayang - bayang pada dinding tangga. bayang - bayang seperti setan memegang tongkat yang setan pegang tuh la kan , bertanduk ,  sedikit - sedikit air mata aku mula berjuraian lalu aku menangis dan terus menjerit memanggil abang - abang aku yang pada waktu itu sedang lena dibuai mimpi. satu rumah terjaga kerana terdengar tangisan aku. mak aku marahkan aku kerana buat perangai tengah - tengah malam sebab esoknya nak sekolah , abang aku merampuih sebab keletihan. budak kecik kan senang nampak benda - benda macam tuh , dengan keadaan terkaku tuh , abang aku tolong angkatkan tilam and bawak aku masuk bilik mak aku , since that day , aku tidur dengan mak aku sampailah umur aku mencecah 15 tahun *itupun sebab ayah aku tanak tidur nan mak aku , dia dah selesa kat bilik tuh , mak aku pun sama kalau tak memang dah lama aku menetap kat bilik aku sendiri* , ayah aku tidur kat bilik aku dulu , #akulah pemisah kebahagiaan mak ayah aku nak tidur sekali# *jahatnya aku. haha* sejak tuh aku takut untuk keluar bilik , but lama - lama tuh aku okay lah , aku memang senang nampak benda - benda nie dulu , orang lain tak nampak , haih pelik betul nie. itulah kali pertama aku tengok benda - benda macam tuh. 
kisah ini tidak berhenti di sini saja. 
bersambung ~

No comments:

Post a Comment