Sunday, 16 October 2011

'dumm , dumm , dumm'

kisah seterusnya bermula selepas beberapa lama kejadian pertama berlaku , waktu aku kecik - kecik dulu memang aku tinggal sorang - sorang disebabkan parents aku bekerja tak kira masa , aku naik bas , jadi setiap hari pak cik din akan hantar aku balik masa parents aku tak ada dekat rumah , memang jarang lah jumpa mak ayah aku dalam rumah nie , so aku dah biasa alone , aku ingat lagi kejadian di mana , lepas aku mandi , aku pun duduk kat bawah tengok tv , mak ayah aku selalu cakap , kalau duduk rumah memang kena duduk kat bawah takut pape jadi senang nak lari coz pintu dekat. :D , then tengah aku syok - syok tengok tv tetiba , 'dumm , dumm , dumm!!!!' aku dengar seperti seseorang yang berat berlari dekat atas bumbung , aku mula cuak , 'nie tak boleh jadi nie' bisik aku dalam hati , aku memberanikan diri bila bunyi semakin rancak , aku jenguk di tangga walaupun jantung berdegup dengan kencang , hampa... tiada satu kelibat pun aku nampak. aku kembali duduk  di sofa untuk menonton tv , peluh mula membasahi dahi. tiba - tiba , satu lagi bunyi menyeriaukan darah aku , bunyi guli yang terhempas dari tangan ke lantai *korunk analisis lah sendiri bunyinya* , perghh ! memang kecut lemah segala lutut aku , aku pun dah mula menggigil , nak kol pun belum tentu parents aku boleh balik , jadi aku hanya membaca al - fatihah di usia aku yang masih tergagap - gagap membaca , tak lama lepas tuh , bunyi tuh berhenti. fuhh ~ perasaan lega memenuhi ruang diri. jam tidak berhenti untuk meneruskan perjalanannya. aku tersenyum bila jam menunjukkan pukul 2.30 petang. deruman kereta mak aku memecahkan suasana sunyi sepi kawasan perumahan aku. aku menceritakan perkara yang terjadi , tapi mak aku hanya tersenyum sebab terlalu banyak kisah dalam rumah nie sebenarnya.

selepas mak aku selesai mandi , mak aku cerita...
dulu masa ayah aku balik kerja tengah - tengah malam , ayah aku lepak kat ruang tamu , time tuh kiteorang semua balik kampung , jadi ayah aku tinggal sorang , tengah ayah aku sedap tengok tv , tetiba ada suatu kelibat masuk melalui pintu rumah , tetapi seluruh tubuhnya dibaluti kain hitam , ayah aku dah dapat jangka dah bukan mak aku , sebab pintu tak terbukak pun , dan kiteorang tak ada , ayah aku jerkah 'benda' tuh , pehtu 'benda' tuh hilang , ayah aku sambung tengok tv , tetiba ayah aku terpandang dekat stor , ayah aku nampak kelibat tadi bila ayah aku pandang , dia menyorok , bila mata ayah aku kat tv , dia keluarkan kepala. #main aci nyorok# lepas tuh terdengar suara dia gelak  mengilai. *kononnya dia dapat takutkan ayah aku lah* , memang panas lah hati ayah aku ,  ayah aku tak puas ati , ayah aku marah "kalau kau berani sangat nak kacau aku , baik kau keluar ! muncul depan aku. aku nak tengok sejauh mana kekuatan kau ! kurang ajar !'' bentak ayah aku , tak lama lepas tuh kelibat tuh terus menghilang dan tak muncul - muncul sejak ayah aku berapikan dia. 

bila kiteorang balik , ayah aku cerita dekat mak aku , dan semakin banyaklah gangguan yang kami alami.

p/s : episod dua sudah selesai , seterusnya sambung lepas exam :D , sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment