Friday 2 December 2011

kemarahan bunian

fuhh ! bersawang dah blog nie , lama tak hupdate atas kesulitan yang berlaku. nie kita mulakan bicara semula , selepas abang aku pagar rumah tu , keadaan rumah tu kembali seperti sedia kala , ada satu hari tu pakcik aku nie duduk kat kampung , umah dia kat kl sana nun. dia datang after maghrib tak silap aku , aku pun lepak - lepak la kat ruang tamu , pakcik , makcik , abang , mak aku kat tempat makan , aku ngan ayah aku je kat tempat tv tu , pehtu pakcik aku tanya la kat abang aku tentang pagar semalam yang dia buat tuh , abang aku pun cerita la dari a- z , katanya 'kat balkoni tu berat betul. paling  berat antara yang lain' , pehtu pakcik aku pun tersenyum je la , 'memang kat balkoni tu tempat dia selalu duduk pun' kata pakcik aku nie la , aku pun dengar je la apa deme cerita sambil mata aku ke lain , tetiba tengah kusyuk bercerita tuh , aku terpandang kat dapur coz aku dapat rasa something tak kena , tetibe cawan aiskrim tu melayang masuk jamban [takkan tikus kot bak kata makcik aku], mak aku and abang aku pun ternampak , pehtu aku pun berjalan la sikit - sikit ke dapur , sume pakat dok tolak aku suh gi tengok , aku pun tengok la dalam jamban cawan tu memang 'terbaring' kat situ , pehtu aku pun basuh lah cawan tu , ' kalau berani sangat baling kat aku senang , dok baling masuk jamban tu buat apa!' , memey berapilah aku. aku balik gi depan , aku pun duduk la tengok tv balik , pehtu tetibe tak lama pastu somersault plak garpu =.=' ,[menguji kesabaran toi] sabar jela , aku pun berapi lah , aku gi kat dapur balik , depan muke pintu tandas tu terbaringnya , haih. pehtu pakcik aku pun cakap tu bunian yang tumpang kat dapur , dia marah sebab kita usik rumah dia , pehtu pakcik aku pun bacalah selawat pe sume , then dia buang benda tu jauh - jauh , aku pun naek tension gamoknya , semua dok nolak aku je ! =.=' , lepas tu malam tu aku tidur ngan mak aku sebab abang aku tidur bilik dia , sebab selalunya aku yang konker bilik dia , sekali sekala dia balik , dia tidur bilik dia balik. malam tu mak aku cakap dia mimpi ade jenazah tau , tapi dia tak tau sapa yang mati , terapung - apung kat atas. tapi dia tak larat nak bangun. pakcik aku cakap la , ada ahli keluarga bunian tu yang mati , dia just nak bagitau yang ada ahli keluarga dia mati. pehtu mak aku diam je lah. tak mampu berkata - kata dah.


maka tamatlah kisah untuk hari ini :) selamat membaca :)

Tuesday 8 November 2011

jiran aku si penghantar benda halus ?!

abang aku seorang yang panas baran , daripada kecik dia menyatakan dalam diari dia , dia bencikan aku. mungkin sebab waktu tu aku masih budak - budak lagi. sometimes aku rasa aku benci sangat kat abang aku setelah insiden sepak menyepak sampai aku lebam - lebam. waktu tu aku masih seorang budak yang polos , tak tau apa - apa , puncanya kecik je. then lepas aku terbaca diari abang aku , aku menangis. dulu memang sikap abang aku lain. tak lama lepas tu barulah aku tau rupanya selama nie abang aku ada 'benda' dengan dia. sebab tu dia jadi macam tu. sebenarnya aku tau abang aku seorang yang baik. penyayang. aku tak salahkan abang aku. hubungan kiteorang memang renggang waktu tu. now kiteorang kamcing lah jugak. abang aku kalau balik rumah memang dia jadi panas kot , maksud aku , macam berapi lah tengok gaya dia apa semua. aku pun naek takot , tapi semua tuh dah berlalu.

nie aku nak cerita lah nie... jeng - jeng - jeng..
2 tahun lepas..

pada satu hari tuh , kiteorang berhijrah ke kl , kat situ mak cik aku ada la bawak mak aku dengan abang aku nie pergi sebuah tempat mak cik aku berubat , kat situ kiteorang tunggu tuan rumah dia balik. before nie cadangannya nak bawak ayah aku je tapi memandangkan satu kaum kerabat dah pergi , so berubatlah semua sekali. ayah aku dibawa ke ruangan lain sebab ayah aku nie kes dia lain sket , dia seorang polis , polis zaman dulu kan kena belajar silat so ayah aku nie pun belajar la silat , sampailah dia dapat dua 'penjaga' , so pak cik aku yang ubatkan ayah aku nie cakap lah yang dia ada dua penjaga dengan dia , satu baik and satu jahat , jadi pak cik tu buang yang jahat and tinggalkan yang baik dengan ayah aku , and penjaga yang baik tu still ada sampai ke hari nie , and permintaan yang kena buang tu ialah betik muda. memang ayah aku nie suka sangat makan betik muda , kalau nampak betik muda je non - stop akan makan , and beli. rupanya tu makanan penjaga yang jahat tu. tamat sudah kes ayah aku. kalau tak buang benda tu akan bertukar tuan jadi aku pulak tuannya , aku tak sanggup and forever aku tanak. mati aku kot ! 

sekarang second  person is my mother , mak aku nie rupanya ada saka yang hidup sekali dengan dia since dalam perut , and dah seusia pun dengan mak aku that time waktu pergi berubat. mak cik tu tanya la apa semua kat mak aku. aku tengok proses 'pengeluaran' saka tu pun aku dah seriau. tiba - tiba bila mak cik tu tanya nama apa semua , mak aku dengan tak semena - menanya menangis. mak cik tu suruh keluar dari badan mak aku , lagi lah dia meraung. saka tu tak nak keluar. lama - lama lepas tu akhirnya nak jugak 'dia' keluar dari badan mak aku kan. tapi tengah lam proses tu tetiba abang aku muka dah lain macam and dia terus tumbuk meja kaca , rupanya ada connection between 'benda' tu dengan mak aku and abang aku , bak kata mak cik tu 'sebabnya dia sayang abangnya ha.' sambil memandang muka mak cik aku. tiba - tiba aku rasa panas telinga sebelah kiri aku , mak cik tu pandang aku pehtu tanya ' kamu ada rasa pape tak ?' aku pun cakap la , 'ada rasa panas kat telinga.' mak cik tu cakap ' 'dia' ada sebelah kamu tadi.' perghh seriauu. akhirnya habis cerita , keluar dengan baik.

and now , third person that is my eldest brother. 
lepas dia tumbuk meja tuh cepat - cepat suami mak cik tu datang settlekan abang aku after penat 'menyettlekan' ayah aku. haha. sepanjang berubat tu abang aku menggigil satu badan , takot. pehtu pak cik tu suruh abang aku baring sambil tu dia cerita kat mak aku kenapa abang aku panas baran apa semua. ' ada orang hantar benda halus kat anak kau nie , dia buat supaya anak kau nie menjahati perempuan (rosakkan) , nie ha , dia hantar tulang 'anu' lelaki dengan letak satu kat tulang pinggang anak kau nie ' , nasib baik abang aku tak buat pun apa yang orang tu tugaskan 'benda' dia buat. setakat ramai awek dalam satu masa tu boleh tahan la. dah lepas berubat abang aku pe sume *paling liat nak keluar* jadi pak cik tu patah - patahkan 'benda' tuh sampai jadi berkecai dan dia hantar balik ke tempat asal dari perigi 7 lapisan belah atas thailand sana. 

'aku tau sapa yang menghantonya kat kome semua , jangan terkejut pulak kalau kome tau. orang tu jiran sebelah kiri kamu , yang kamu gaduh dengan dia kan ? kome ada gaduh kan ? , tok sah tipu le , pak cik tau.' , ' nie lagi satu , aku nak cakap , aku dah hantar 'benda' dia balik tempat asal dah , aku dah buat perjanjian dah pun dengan tuan dia , kalau tuan dia tak tuntut benda tu kat tok guru dia dalam masa sebulan nie , 'benda' tu akan makan tuan dia balek.'

maka semua pakat terdiam sebab tu jiran aku sendiri. memang bila dapat tau tuh rasa nak bagi flying kick je. seb baek aku pompuan la jugak , kalau tak memang aku kerat dia lapan belas ! sabar jela , memang padan muka pun kalau dia kena balik. memang krapunden la aku cakap.

akhirnya pak cik tu amanahkan abang aku suruh pagar setiap penjuru rumah , memang terbaek la , setiap penjuru tu ada and paling berat sekali bila pegang telur tu kat bahagian balkoni. memang dapat rasa keberatannya. dan sampai sekarang dia mencari mangsa baru dengan amek yang lalu lalang nak pergi masjid. *bunian* aku sendiri pegang. maka selesailah sudah sesi penceritaan. 

p/s : jangan biarkan rumah anda dipenuhi perkara - perkara luar biasa. 

Friday 4 November 2011

panggilan 'unseenable'

aku jalani kehidupan seharian aku macam biasa. aku tak ingat macam mana boleh tercetusnya panggilan 'unseenable' nie. masa tu memang aku masih blur - blur. mungkinkah aku terbawak daripada mana - mana ke. sejak aku duduk di rumah macam - macam berlaku. pada mulanya mak aku salahkan aku kononnya aku bawa semua 'benda' tuh daripada hostel. aku pun malas nak amek port , aku just abaikan. kita tak tau mana datangnya.

pada mulanya aku mula dah rasa berbulu sebab dia bermula dengan kejadian rasa macam ada orang tengah memerhatikan kita. tapi sebenarnya tak ada. tak boleh nampak. pada satu malam tu , time tu memang aku rajin gila buat homework. tengah fokus nie buat homework , tetiba aku dengar mak aku panggil 'yumni' 'yumni' 'yumni' , memang sebijik sore mak aku la gua cakap. aku pun biarkan je dulu , sebab suara tu macam sayup - sayup je sebab aku tutup pintu bilik. so bunyi suara tu macam bunyi dari bawah ke atas lah. kali ke 3 aku menyahut panggilan mak aku tu. tapi lepas tu senyap. aku pun keluar bilik , aku turun bawah. aku tanya mak aku , dia ada panggil aku tak. mak aku cakap 'mana ada umi panggil kamu !' , aku pun abaikan je sume tuh.

keadaan nie berlanjutan selama sebulan. setiap hari aku akan dengar suara mak aku memanggil aku. banyak kali aku tanya kat mak aku adakah dia yang panggil , tapi jawapannya masih sama. 'tidak'. aku selalu menyahut panggilan tu bila aku rasa macam tu mak aku , then mak aku cakap , 'kalau ada orang panggil jangan menyahut , pastikan lebih dari 3 kali. kalau memang 3 kali je jangan menyahut.' sejak dari tu aku buat apa yang mak aku suruh. nak maen - maen dengan aku sangat.

satu malam tu memang aku tension gila , dah la kena marah ngan cikgu , pehtu setan tu dok panggil - panggil plak , memang kena maki free -free ngan aku. apa masalah setan tu pun aku tak tau. akhirnya sejak daripada hari dia dimaki terus senyap , dah tak ada da usik - usik aku. dah tak ada dah panggilan 'unseenable' tu. padan muka kau *kukatakatkaulahsetan*. 

seribu kesyukuran menerjah diri aku nie. kau nak maen sangat hambek kau ! , fuhh lega ! dah la tension , dia plak carik pasai. memang kena la. free - free je dapat carutan dari aku >.< !

mimpi realiti

huyaa , sudah lama tidak update blog nie , coz ada peristiwa misteri terjadi kat aku kebelakangan nie , yang tuh nanti aku citer. sebab aku buat post ikut umur aku. >.< , dah bersawang dah blog aku. kali nie aku nak cerita pasal mimpi. tapi bukan sebarang mimpi. kisahnya begini...

malam tu macam biasa lah kerja manusia nie tidur kan. esoknya cuti minggu. jadi aku malam tu tidur agak lewat sikit. malam tu aku tak basuh kaki. jadi bila dah ngantuk tuh aku lelap jela mata. perghh ! aku bangun meninggi hari. aiseyhhman. kantoi. aku dapat rasa kehangatan matahari memancar kat muka. tapi aku masih tak dapat bangun. sambil terpejam tuh aku nampak ada seseorang kat depan katil aku. aku tak nampak muka dia. berjubah putih tutup muka. 'dia' pegang kaki aku. aku masih tak bangun. pada mulanya suara 'dia' seperti orang kejut secara baik. tiba - tiba lepas 3 kali , suara dia menjadi kasar. terus aku terjaga dari tidur aku. 

aku pandang sekeliling. tak ada sesape. aku ingatkan mak aku , tapi mak ayah aku tak ada dalam rumah masa aku mencari - cari. kereta pun tak ada. aku keseorangan di rumah. aku terpinga - pinga memikirkan kejadian tadi. terus aku mencapai tuala yang bersangkut di tangga dan mandi. aku lupakan kejadian tadi. tak lama lepas tu mak aku balik. aku pun cerita - cerita. then macam biasa sume terdiam.

kejadian tadi tidak berlaku sehari . tapi selama dua hari. hari kedua kejadian dia sama jugak. same situation. tapi pakaian dia bukan putih tapi hitam. 'dia' kejut aku lagi. dengan keadaan marah. bila aku bangun tak ada sesape dalam bilik tu. semakin pelik aku rasakan. aku cuba mengandaikan itu cuma mimpi aku je. nasib baek kejadian tuh hanya berlaku selama dua hari saja. kalau hari - hari memang tercampak aku ke laut.

p/s : cerita nie mungkin tak menarik. tapi kalau nak baca - baca saja :) thanks

Sunday 23 October 2011

hantu raya..

'dummm  dummm dummm' aku , abang - abang aku dengan mak aku terdengar bunyi orang berlari. bunyi itu terlalu berat. seperti orang yang beratus - ratus kg berlari. kami mula berasa tidak sedap hati. semakin lama semakin kuat bunyi itu. aku terdiam. aku buat kerja aku sendiri dalam bilik .. aku terdengar mak aku marah - marah "kalau berani keluar lah , ingat aku takut ke dengan kau ? tunjukkan diri kau !''. mak aku tengking - tengking sambil ketuk ceilling dengan batang penyapu.

pada mulanya , kami menganggap bahawa itu kucing , tapi takkan kucing berlari begitu kuat bunyinya. nak kata rumah aku nie atap zink , bukan kot. nak kata pencuri , , takkan la pencuri kot , macam pelik je kul 12 lebeyh , takkan nak buat projek kalau tau kiteorang tak tido agi , umah pun terang benderang , tak ke pelik.
aku dah mula resah. aku tau ada sesuatu yang tak kena , sesuatu bermain dalam fikiran aku. meremang bulu roma aku masa bunyi tu semakin kuat. berat ~. kelihatan muka abang kedua aku sudah resah. aku dapat lihat keresahan di wajahnya itu.

aku masih terkaku bersandar pada dinding. lama kelamaan bunyi itu hilang. keadaan kembali sunyi sepi.
malam itu beredar bersama mimpi - mimpi. aku sudah pun lena dibuai mimpi - mimpi. rupa - rupanya disebalik mimpi aku tuh ada sesuatu yang terjadi kat mak aku. aku dapat tahu cerita nie keesokkan harinya.

malam itu mak aku tidak dapat melelapkan mata ketika jam tepat menunjukkan 3.00 pagi. mak aku terlihat suatu kelibat sedang berdiri menghadap mak aku , dengan tidak semena - menanya dia menerkam dada mak aku. mak aku tergapai - gapai cuba untuk menggerakkan aku , namun , tidak berhasil. mak aku cuba membaca ayat qursi. tapi susah untuk dilafazkan kerana terkaman itu sangat kuat. akhirnya , mak aku berjaya ! hilang terus sesuatu yang bertubuh besar berwarna hijau itu. memang besar lebam yang ditinggalkan 'benda' tu kat mak aku. biru..merah.. warna lebam tu. lepas tu abang aku pegi gatai tekan , free - free kena sepak ngan mak aku. sakit kot. =.='

tak lama lepas tu ayah aku balik , ayah aku tiba - tiba melenting , kiteorang terkejut la , kenapa ayah aku panggil - panggil kiteorang macam orang marah je. kau bayangkan apa rasa kalau korunk tengok katil besi boleh bengkok 'v' , patah seriously injured. memang aku ngan abang - abang aku kena maki free - free je , ayah aku ingat kiteorang yang bagi patah , tapi tak ke pelik , takkan lah kalau kiteorang lompat - lompat atas tu pun tak mungkin katil tuh boleh patah V . kau gilaaa ?!! 
barulah kiteorang tau yang 'benda' tuh landing atas katil ayah aku before die berganjak ke bilik mak aku , kiranya cara dia turun tuh adalah berdiri. itu dapat dipastikan melalui cara katil tuh boleh patah ~
so haruskah kiteorang dipersalahkan ? nie berpunca dengan mr HR nie laa ! ayah aku percaya sebab mak aku cerita pasal lebam yang ada kat badan dia , jadi sejak dari tu kiteorang lebih berhati - hati kerana keadaan itu berlanjutan selama dua malam berturut - turut.