Sunday, 23 October 2011

hantu raya..

'dummm  dummm dummm' aku , abang - abang aku dengan mak aku terdengar bunyi orang berlari. bunyi itu terlalu berat. seperti orang yang beratus - ratus kg berlari. kami mula berasa tidak sedap hati. semakin lama semakin kuat bunyi itu. aku terdiam. aku buat kerja aku sendiri dalam bilik .. aku terdengar mak aku marah - marah "kalau berani keluar lah , ingat aku takut ke dengan kau ? tunjukkan diri kau !''. mak aku tengking - tengking sambil ketuk ceilling dengan batang penyapu.

pada mulanya , kami menganggap bahawa itu kucing , tapi takkan kucing berlari begitu kuat bunyinya. nak kata rumah aku nie atap zink , bukan kot. nak kata pencuri , , takkan la pencuri kot , macam pelik je kul 12 lebeyh , takkan nak buat projek kalau tau kiteorang tak tido agi , umah pun terang benderang , tak ke pelik.
aku dah mula resah. aku tau ada sesuatu yang tak kena , sesuatu bermain dalam fikiran aku. meremang bulu roma aku masa bunyi tu semakin kuat. berat ~. kelihatan muka abang kedua aku sudah resah. aku dapat lihat keresahan di wajahnya itu.

aku masih terkaku bersandar pada dinding. lama kelamaan bunyi itu hilang. keadaan kembali sunyi sepi.
malam itu beredar bersama mimpi - mimpi. aku sudah pun lena dibuai mimpi - mimpi. rupa - rupanya disebalik mimpi aku tuh ada sesuatu yang terjadi kat mak aku. aku dapat tahu cerita nie keesokkan harinya.

malam itu mak aku tidak dapat melelapkan mata ketika jam tepat menunjukkan 3.00 pagi. mak aku terlihat suatu kelibat sedang berdiri menghadap mak aku , dengan tidak semena - menanya dia menerkam dada mak aku. mak aku tergapai - gapai cuba untuk menggerakkan aku , namun , tidak berhasil. mak aku cuba membaca ayat qursi. tapi susah untuk dilafazkan kerana terkaman itu sangat kuat. akhirnya , mak aku berjaya ! hilang terus sesuatu yang bertubuh besar berwarna hijau itu. memang besar lebam yang ditinggalkan 'benda' tu kat mak aku. biru..merah.. warna lebam tu. lepas tu abang aku pegi gatai tekan , free - free kena sepak ngan mak aku. sakit kot. =.='

tak lama lepas tu ayah aku balik , ayah aku tiba - tiba melenting , kiteorang terkejut la , kenapa ayah aku panggil - panggil kiteorang macam orang marah je. kau bayangkan apa rasa kalau korunk tengok katil besi boleh bengkok 'v' , patah seriously injured. memang aku ngan abang - abang aku kena maki free - free je , ayah aku ingat kiteorang yang bagi patah , tapi tak ke pelik , takkan lah kalau kiteorang lompat - lompat atas tu pun tak mungkin katil tuh boleh patah V . kau gilaaa ?!! 
barulah kiteorang tau yang 'benda' tuh landing atas katil ayah aku before die berganjak ke bilik mak aku , kiranya cara dia turun tuh adalah berdiri. itu dapat dipastikan melalui cara katil tuh boleh patah ~
so haruskah kiteorang dipersalahkan ? nie berpunca dengan mr HR nie laa ! ayah aku percaya sebab mak aku cerita pasal lebam yang ada kat badan dia , jadi sejak dari tu kiteorang lebih berhati - hati kerana keadaan itu berlanjutan selama dua malam berturut - turut.

No comments:

Post a Comment