abang aku seorang yang panas baran , daripada kecik dia menyatakan dalam diari dia , dia bencikan aku. mungkin sebab waktu tu aku masih budak - budak lagi. sometimes aku rasa aku benci sangat kat abang aku setelah insiden sepak menyepak sampai aku lebam - lebam. waktu tu aku masih seorang budak yang polos , tak tau apa - apa , puncanya kecik je. then lepas aku terbaca diari abang aku , aku menangis. dulu memang sikap abang aku lain. tak lama lepas tu barulah aku tau rupanya selama nie abang aku ada 'benda' dengan dia. sebab tu dia jadi macam tu. sebenarnya aku tau abang aku seorang yang baik. penyayang. aku tak salahkan abang aku. hubungan kiteorang memang renggang waktu tu. now kiteorang kamcing lah jugak. abang aku kalau balik rumah memang dia jadi panas kot , maksud aku , macam berapi lah tengok gaya dia apa semua. aku pun naek takot , tapi semua tuh dah berlalu.
nie aku nak cerita lah nie... jeng - jeng - jeng..
2 tahun lepas..
pada satu hari tuh , kiteorang berhijrah ke kl , kat situ mak cik aku ada la bawak mak aku dengan abang aku nie pergi sebuah tempat mak cik aku berubat , kat situ kiteorang tunggu tuan rumah dia balik. before nie cadangannya nak bawak ayah aku je tapi memandangkan satu kaum kerabat dah pergi , so berubatlah semua sekali. ayah aku dibawa ke ruangan lain sebab ayah aku nie kes dia lain sket , dia seorang polis , polis zaman dulu kan kena belajar silat so ayah aku nie pun belajar la silat , sampailah dia dapat dua 'penjaga' , so pak cik aku yang ubatkan ayah aku nie cakap lah yang dia ada dua penjaga dengan dia , satu baik and satu jahat , jadi pak cik tu buang yang jahat and tinggalkan yang baik dengan ayah aku , and penjaga yang baik tu still ada sampai ke hari nie , and permintaan yang kena buang tu ialah betik muda. memang ayah aku nie suka sangat makan betik muda , kalau nampak betik muda je non - stop akan makan , and beli. rupanya tu makanan penjaga yang jahat tu. tamat sudah kes ayah aku. kalau tak buang benda tu akan bertukar tuan jadi aku pulak tuannya , aku tak sanggup and forever aku tanak. mati aku kot !
sekarang second person is my mother , mak aku nie rupanya ada saka yang hidup sekali dengan dia since dalam perut , and dah seusia pun dengan mak aku that time waktu pergi berubat. mak cik tu tanya la apa semua kat mak aku. aku tengok proses 'pengeluaran' saka tu pun aku dah seriau. tiba - tiba bila mak cik tu tanya nama apa semua , mak aku dengan tak semena - menanya menangis. mak cik tu suruh keluar dari badan mak aku , lagi lah dia meraung. saka tu tak nak keluar. lama - lama lepas tu akhirnya nak jugak 'dia' keluar dari badan mak aku kan. tapi tengah lam proses tu tetiba abang aku muka dah lain macam and dia terus tumbuk meja kaca , rupanya ada connection between 'benda' tu dengan mak aku and abang aku , bak kata mak cik tu 'sebabnya dia sayang abangnya ha.' sambil memandang muka mak cik aku. tiba - tiba aku rasa panas telinga sebelah kiri aku , mak cik tu pandang aku pehtu tanya ' kamu ada rasa pape tak ?' aku pun cakap la , 'ada rasa panas kat telinga.' mak cik tu cakap ' 'dia' ada sebelah kamu tadi.' perghh seriauu. akhirnya habis cerita , keluar dengan baik.
and now , third person that is my eldest brother.
lepas dia tumbuk meja tuh cepat - cepat suami mak cik tu datang settlekan abang aku after penat 'menyettlekan' ayah aku. haha. sepanjang berubat tu abang aku menggigil satu badan , takot. pehtu pak cik tu suruh abang aku baring sambil tu dia cerita kat mak aku kenapa abang aku panas baran apa semua. ' ada orang hantar benda halus kat anak kau nie , dia buat supaya anak kau nie menjahati perempuan (rosakkan) , nie ha , dia hantar tulang 'anu' lelaki dengan letak satu kat tulang pinggang anak kau nie ' , nasib baik abang aku tak buat pun apa yang orang tu tugaskan 'benda' dia buat. setakat ramai awek dalam satu masa tu boleh tahan la. dah lepas berubat abang aku pe sume *paling liat nak keluar* jadi pak cik tu patah - patahkan 'benda' tuh sampai jadi berkecai dan dia hantar balik ke tempat asal dari perigi 7 lapisan belah atas thailand sana.
'aku tau sapa yang menghantonya kat kome semua , jangan terkejut pulak kalau kome tau. orang tu jiran sebelah kiri kamu , yang kamu gaduh dengan dia kan ? kome ada gaduh kan ? , tok sah tipu le , pak cik tau.' , ' nie lagi satu , aku nak cakap , aku dah hantar 'benda' dia balik tempat asal dah , aku dah buat perjanjian dah pun dengan tuan dia , kalau tuan dia tak tuntut benda tu kat tok guru dia dalam masa sebulan nie , 'benda' tu akan makan tuan dia balek.'
maka semua pakat terdiam sebab tu jiran aku sendiri. memang bila dapat tau tuh rasa nak bagi flying kick je. seb baek aku pompuan la jugak , kalau tak memang aku kerat dia lapan belas ! sabar jela , memang padan muka pun kalau dia kena balik. memang krapunden la aku cakap.
akhirnya pak cik tu amanahkan abang aku suruh pagar setiap penjuru rumah , memang terbaek la , setiap penjuru tu ada and paling berat sekali bila pegang telur tu kat bahagian balkoni. memang dapat rasa keberatannya. dan sampai sekarang dia mencari mangsa baru dengan amek yang lalu lalang nak pergi masjid. *bunian* aku sendiri pegang. maka selesailah sudah sesi penceritaan.
p/s : jangan biarkan rumah anda dipenuhi perkara - perkara luar biasa.

nicee story u got there :)
ReplyDelete